Thursday 6 March 2008

::_Apo Istimewo Kelate?_::

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).
Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).
Ianya terletak di Blok-Blok berikut,
-@ Blok A18
-@ Blok B17 & C19
-@ PM3
-@ Sub-Blok Ular
-@ PM301 & PM302
-@ PM303
-@ PM311 & 312
Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.
APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN
Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.
-@ Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
-@ Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
-@ Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.
Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.
Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.
PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN
-@ Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
-@ Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
-@ Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
-@ Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008
Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.
BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN
Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion).
Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.
ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN
-@ PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
-@ Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.
-@ Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
-@ Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.
-@ Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
-@ Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
-@ Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Wednesday 5 March 2008

::_Munajat Rakyat Qelate_::

::_SPR Main2_::

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi pada pilihan raya umum ke-12 ini menunjukkan suruhanjaya ini tidak berwibawa dan mempermainkan rakyat.
-->
Ahli Jawatankuasa Bersih, Mohamad Sabu menegaskan ekoran tindakan SPR itu,sudah tiba masanya Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman meletak jawatan.
"Agenda yang dibawa SPR bukan lagi sebagai sebuah badan bebas dan bukan lagi bertaraf suruhanjaya. Jika beberapa hari sebelum penamaan calon, kita dikejutkan dengan setem duti diwajibkan bagi setiap borang pencalonan, tetapi pada hari pencalonan, diumumkan setem duti tersebut tidak diwajibkan.
"Dan hari ini timbul pula penggunaan tanda dakwat tidak akan dilaksanakan. Jika tiada undang-undang mengenai penggunaan ini, SPR mesti membawa perkara ini untuk pindaan undang-undang di Parlimen,"katanya sewaktu dihubungi Harakhdaily malam tadi.
Mohamad yang juga Naib Presiden PAS turut mempersoalkan, jika selama ini kerajaan boleh pinda perlembagaan untuk lanjutkan tempoh Pengerusi SPR, undang-undang bagi penggunaan dakwat kekal ini juga seharusnya dapat dilaksanakan.
Sementara itu, Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Wan Nik Yusuff berkata, PAS sudah menjangkakan daripada awal, kerajaan tidak akan bersetuju dengan pandangan pembangkang berhubung dengan penggunaan tanda dakwat kekal ini.
Katanya untuk meredakan 'mood ' pihak pembangkang, SPR mengambil langkah awal kononnya bersetuju untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal.
Katanya SPR juga membuat keputusan tersebut tanpa merujuk keputusan kerajaan, yang mana sebarang peraturan mengikut tatacara pengundian mesti mendapat kelulusan kabinet.
"Apabila SPR membuat maklum balas bagi hak pembangkang, PAS sudah menjangkakan daripada awal, tidak mudah bagi BN untuk menerima. Sebelum ini, pelbagai alasan yang diberikan bahawa perkara ini sukar dilaksanakn termasuk dari segi syarak.
"Ini kerana, di sebalik pelaksanaan dakwat kekal ini akan mematikan beberapa strategi kotor BN,"katanya.
Tambahan pula katanya, buku Peraturan Pilihan raya yang diedarkan untuk persiapan Pilihan Raya Umum ke-12 ini, tidak terdapat apa-apa pindaan pada Seksyen 19. Melalui peraturan tersebut, mengesahkan SPR tidak akan berusaha untuk meminda atau memasukkan penggunaan dakwat celup jari atau titik dakwat di kuku.
Katanya, menurut SPR sekiranya penggunaan dakwat celup jari atau titik dakwat di kuku ini dilaksanakan, bermakna tatacara pengundian akan bermula dengan pengesahan kad pengenalan dan nama pemilih dalam buku daftar oleh kerani pertama. Seterusnya kerani kedua akan menjalankan titik dakwat pada jari. Langkah seterusnya kerani ketiga akan memberi kertas undi dan menindik kertas undi untuk dipangkah. Akhir sekali pengundi akan memasukkan kertas undi ke dalam tong disediakan.
Bagaimanapun katanya, prosedur ini tidak terdapat dalam Seksyen 19 Peraturan Pilihan raya. Jika penggunaan dakwat celup jari atau titik dakwat di kuku ingin dilaksanakan, Seksyen 19 ini harus jelas.
Dalam pada itu jelas Wan Nik, pihaknya juga telah 'tercium bau' melalui pihak tertentu yang melaporkan terdapat beberapa 'broker tertentu' yang dilantik oleh pihak Umno untuk mengundi lebih daripada sekali.
"Langkah paling selamat untuk mereka mengundi lebih daripada sekali ialah tiada apa-apa tanda dakwat pada jari pengundi. Atas hujah Umno ghairah ingin menawan Kelantan, perjalanan pilihan raya ini dikawal melalui dakwat,"katanya.
Katanya lagi, sungguh pun penggunaan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi tidak dilaksanakan, PAS bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika mengumumkan perkara itu menyatakan keputusan itu dibuat pada mesyuarat berasaskan nasihat dari segi perundangan serta aspek ketenteraman dan keselamatan awam.
Alasan yang diberikan SPR penggunaan dakwat kekal itu perlu dibatalkan kerana hasil daripada siasatan terhadap laporan yang dibuat kepada pihak polis, yang mengesahkan terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah membeli dakwat dari luar negara bagi menjalankan aktiviti memujuk dan menyogok orang yang kurang faham mengenai penggunaan dakwat itu untuk dicalit sebelum hari mengundi.
Sebelum ini, pada 13 Ogos 2007 SPR telah memutuskan akan menggunakan tanda dakwat di kuku atau jari tangan pada pilihan raya umum akan datang.
Abdul Rashid sewaktu pengumuman tersebut menyatakan SPR membuat keputusan untuk menggunakan dakwat khas dari India , yang sukar dipadamkan untuk beberapa hari, adalah selaras dengan kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan yang membenarkan penggunaannya yang tidak melanggar hukum syarak.
Penggunaan tanda dakwat kekal merupakan salah satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) untuk menghalang pengundian berganda.

::_Perlis Milik PAS???_::

Jika sambutan pengundi terhadap calon-calon PAS di Perlis sekarang diterjemahkan dalam bentuk undi pada 8 Mac depan, parti itu yakin boleh memenangi lapan hingga sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dan jika ini menjadi kenyataan, ia bermakna, PAS akan mengambilalih kerajaan negeri Perlis selepas pilihanraya umum ke-12 ini.
Perlis mempunyai tiga kerusi parlimen dan 15 kerusi DUN. Dalam pilihanraya umum 2004, PAS hanya memenangi kerusi DUN Sanglang.
Isu paling panas yang mendapat sambutan hebat para pengundi di negeri itu ialah kenaikan harga yang menjadi tumpuan utama kempen calon-calon PAS di Perlis kali ini.
Ini ditambah pula dengan kekecohan dalam Umno Perlis mencerahkan peluang kepada PAS Perlis untuk memenangi banyak kerusi kali ini.
Kali ini, PAS meletakkan calonnya di 12 kerusi DUN dan dua kerusi parlimen. Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din, untuk bertanding parlimen Arau.
Menurut ahli badan perhubungan PAS Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh, selain mempertahankan kerusi DUN Sanglang, kerusi-kerusi lain yang boleh dimenangi PAS ialah Simpang Empat, Guar Sanji dan Pauh (semuanya Parlimen Arau), Santan, Beseri dan Titi Tinggi (Parlimen Padang Besar) dan Kuala Perlis, Kayang dan Bintong (parlimen Kangar).
Pergolakan Umno
"Jika sambutan pengundi sekarang diterjemahkan dalam bentuk undi pada 8 Mac depan, ia bermakna PAS akan memerintah Perlis selepas 8 Mac depan," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau yang akan bertanding di DUN Kuala Perlis mendapat perhatian umum apabila beliau dimasukkan ke hospital Sabtu lalu selepas terjatuh ketika membaiki bumbung rumahnya.
Menurut Ahmad Tajuddin, gelombang sambutan rakyat terhadap pembangkang, khususnya PAS di Perlis cukup hebat, ekoran isu kenaikan harga yang membebankan mereka.
Katanya, ini ditambah pula dengan pergolakan dalam Umno negeri antara calon dari kumpulan Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan kumpulan setiausaha agung Umno, Datuk Radzi Sheikh Ahmad.
Menurut Ahmad Tajuddin lagi, senarai calon Umno Perlis terdiri daripada sembilan calon kumpulan Radzi dan enam calon kumpulan Shahidan.
Beliau berkata, walaupun parti itu tidak mengambil kesempatan daripada pergolakan dalam Umno "tetapi ia boleh membantu (kemenangan) kita".
Peluang Datuk Haron
Mengenai kawasannya di DUN Kuala Perlis, Ahmad Tajuddin berkata isu utamanya ialah mengenai ribuan penduduk yang telah tinggal di tanah yang bukan milik mereka sejak empat dekad yang lalu.
Katanya, PAS berjanji, jika dipilih memerintah Perlis, parti itu akan memberi hakmilik kepada penduduk di kawasan terbabit termasuk di Kampung Pulau Ketam, Hujung Tanjung dan Belakang Kilang.
"Yang lainnya ialah isu nelayan, isu minyak...tetapi isu kenaikan harga barang cukup membantu kita...kerana kenaikan yang keterlaluan itu membabitkan seluruh rakyat," katanya.
Ditanya mengenai peluang Dr Haron yang menentang adik menteri besar, Datuk Ismail Kassim, di parlimen Arau, Ahmad Tajuddin berkata:
"Berdasarkan perkembangan dan cula undi yang dijalan, di Arau kita boleh tawan empat kerusi DUN - Simpang Empat, Sanglang, Guar Sanji dan Pauh.
"Jika ini menjadi kenyataan, maka peluang Dr Haron untuk menang memang cerah," tambahnya.

::_Anok Qelate Sokong PAS_::