Wednesday 27 February 2008

Pas melancarkan manifestonya untuk Kelantan, yang bertemakan "Membangun bersama Islam, menerajui perubahan dan mencapai keberkatan", dengan mengemukakan sembilan bukti perubahan yang dibawa parti itu dalam tempoh 18 tahun menerajui kerajaan negeri Kelantan. Manifesto setebal 28 muka surat itu, yang dilancarkan oleh Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam manifesto tersebut, PAS menjanjikan pembangunan ekonomi yang saksama dan pembangunan sosio-budaya seimbang selain memberikan taraf hidup rakyat yang lebih baik, bahagia di dunia sejahtera di akhirat, demikian menurut laporan Bernama.
Antara janji PAS Kelantan ialah:
-@ Melanjutkan cuti bersalin kepada tiga bulan bagi setiap kelahiran, dengan memberi kemudahan cuti bergaji tanpa had bilangan anak.
-@ Kekalkan konsep negara Islam di Kelantan agar ianya menjadi contoh kepada Barisan Nasional (BN).
-@ Bertekad melaksanakan rancangan pendidikan Kelantan dengan menggubal dasar kanak-kanak negeri Kelantan yang mengutamakan pendidikan awal kanak-kanak dan pra-sekolah selain membina pusat ilmu Wilayah Selatan merangkumi kolej Pendidikan Tinggi Wanita, Pusat Pendidikan Pondok Antarabangsa dan Sekolah Menengah Agama (Arab).
-@ Menawarkan skim takaful kelompok guru, kakitangan dan pelajar Yayasan Islam Kelantan secara percuma.
-@ Melaksanakan rancangan untuk membimbing, membantu dan melatih wanita ke arah wanita berdikari dan mencapai kemajuan sosio-ekonomi.
-@ Menyediakan Tabung Niaga Wanita Kelantan.
-@ Membina kompleks sukan wanita yang dilengkapi stadium khas dan masjid.
-@ Untuk belia Kelantan, PAS berjanji melaksanakan rancangan kesihatan awam, rancangan kesejahteraan awam dan rancangan digital awam dengan memperkasakan peranan pusat ICT Desa.
-@ Dalam pembangunan tanah, PAS berjanji menjayakan program pemberian skim pemilikan tanah lot kediaman untuk semua rakyat.
-@ Memperluaskan peranan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan.
-@ Melaksanakan pembangunan ladang komersial ala Kelantan dengan memperuntukkan tanah untuk diberi milik (sebagai saham) kepada rakyat miskin dan membuka peluang kepada golongan yang mampu untuk melabur.

::_Mat Sabu Koyak Nota Bantahan Pada SPR_::

Naib Presiden PAS, Mohd Sabu bertindak mengoyak-ngoyakkan Nota Bantahan PAS kepada SPR apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman enggan berdepan dengan calon-calon PAS ketika menyerahkan memorandum bantahan berhubung pembatalan 'duti setem' tidak sampai 24 jam sebelum hari penamaan calon.
Dalam rombongan itu, Harakahdaily melaporkan, calon Parlimen Kuala Terengganu, Mohamad Sabu; Calon Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali; calon Parlimen Tanjung Karang, Hanipa Maidin dan calon Parlimen Putrajaya, Mohammad Nor Mohamad yang tiba di lobi SPR meminta Pegawai Perhubungan Awam (PR) SPR membawa mereka untuk bertemu dengan Abdul Rashid.
Bagaimanapun PR SPR Sabri Said memberitahu beliau hanya dibenarkan menerima memo bantahan daripada PAS di lobi sahaja.
Kata-kata Sabri itu, membuatkan Mohamad Sabu, Hanifa, Lo'Lo' tidak berpuas hati dan mendesak Sabri untuk memanggil Abdul Rashid turun bertemu mereka atau mereka bertemu Abdul Rashid, lapor Harakahdaily lagi.
Keadaan menjadi sedikit kecoh apabila Sabri terus menegaskan beliau menerima arahan untuk menerima memo di lobi sahaja selepas beliau menghubungi Rashid melalui telefon bimbitnya.
"Sila panggil dia turun, atau kami yang naik, apa..SPR ni..biadap, pilihan raya kali ini lebih teruk dan kotor daripada tahun 2004," kata Mohamad Sabu dengan nada marah.
"Tak ada, tak ada... kami nak jumpa dia sekarang! Telefon dia sekarang atau biar kami bercakap dengan dia," tegas Hanipa Maidin.
"Sekejap cakap nak duti setem, kejap cakap tak perlu duti setem, bila Umno tidak mampu buat duti setem, SPR terus batalkan arahan itu," tambah Hanipa yang mahukan penjelasan daripada Abdul Rashid sendiri berhubung perkara itu.
"Kalau dia tak mahu jumpa kami boleh kami bercakap dengan dia atau ada mana-mana 'line' telefon di sini boleh sambungkan kepada dia, kami nak bercakap dengan dia juga," celah Dr Lo' Lo'.
"Kenapa beliau tidak mahu jumpa dengan kami, atau SPR takut untuk berdepan dengan kami, kami nak jumpa orang yang mengeluarkan arahan kepada kita, dia (Rashid) yang keluarkan surat itu jadi dia berhak untuk memberi penjelasan," kata Dr Lo'Lo'.
Keadaan bertambah tegang, lapor Harakahdaily, apabila Sabri memaklumkan kepada rombongan PAS mereka tidak akan menerima memo itu jika PAS berkeras untuk berjumpa dengan Abdul Rashid.
Bahkan Sabri turut mengarahkan beberapa pegawai keselamatan untuk menghalau rombongan PAS kira-kira 30 orang.
Atas sikap Pengerusi SPR yang enggan bertemu dengan PAS itu, Mohamad Sabu bertindak mengoyak-ngoyak kertas memo yang hendak disampaikan kepada Abdul Rashid di depan lobi kemudian melempar cebisan kertas itu di situ, lapor akhbar dalam talian tersebut.
Sebelum ini, SPR mengarahkan calon yang bertanding mendapatkan pengesahan duti setem, arahan itu dikeluarkan pada jam 3 petang hari Khamis (21 Februari 2008).
Saya turut memberikan pandangan dalam isu ini. Pada saya, ia adalah suatu strategi SPR untuk memenangkan calon-calon BN sebagai "menang tanpa bertanding" pada kadar yang lebih besar dengan peraturan "duti stem" in
Bagaimanapun, SPR juga membatalkan arahan tersebut pada tengah malam hari Sabtu iaitu beberapa jam sebelum penamaan calon.
Arahan tersebut tidak dimaklumkan kepada calon-calon pembangkang di kalangan PAS menyebabkan PAS membuat bantahan di lima kerusi Dun Marang dan Parlimen Titiwangsa kerana tidak mengetahui arahan memansuhkan 'duti setem' itu. Anda boleh baca DISINI yang tersiar pada Harakahdaily.
PAS terkejut bantahan mereka ditolak kerana 'duti setem' itu terus dimansuhkan melalui surat yang ditunjukkan oleh wakil SPR ketika penamaan calon di Marang.

::_Calon PAS Qelate_::

P.019 - TUMPAT - Dato’ Kamaruddin Jaaffar - PAS
N.01 - Pengkalan Kubor - Mohamad Hassan Ibrahim - PKR
N.02 - Kelaboran - Mohd Zaki Ibrahim - PAS
N.03 - Pasir Pekan - Dato’ Ahmad Yaacob - PAS
N.04 - Wakaf Bharu - Che Abdullah Mat Nawi - PAS
P.020 - Pengkalan Chepa - Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman - PAS
N.05 - Kijang - Wan Ubaidah Omar - PAS
N.06 - Chempaka - Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat - PAS
N.07 - Panchor - Mohd Amar Abdullah - PAS
P.021 - Kota Bharu - Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah - PAS
N.08 - Tanjong Mas - Rohani Ibrahim - PAS
N.09 - Kota Lama - Dato’ Anuar Tan Abdullah - PAS
N.10 - Bunut Payong - Dato’ Takiyuddin Hassan - PAS
P.022 - Pasir Mas - Dato’ Ibrahim Ali - (bertanding atas tiket PAS)
N.11 - Tendong - Dr Mohamad Md Daud - PAS
N.12 - Pengkalan Pasir - Hanifa Ahmad - PAS
N.13 - Chetok - Abdul Halim Abdul Rahman - PAS
P.023 - Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusoff - PAS
N.14 - Meranti - Nassuruddin Daud - PAS
N.15 - Gual Periok - Mohamad Awang - PAS
N.16 - Bukit Tuku - Abdul Fatah Harun - PAS
P.024 - Kubang Kerian - Salahuddin Ayub - PAS
N.17 - Salor - Dato’ Husam Musa - PAS
N.18 - Pasir Tumboh - Ahmad Baihaki Atiqullah - PAS
N.19 - Demit - Muhamad Mustafa - PAS
P.025 - Bachok - Nasharudin Mat Isa - PAS
N.20 - Tawang - Hassan Mohamood - PAS
N.21 - Perupok - Dato’ Omar Mohamad - PAS
N.22 - Jelawat - Abdul Aziz Abdul Kadir - PAS
P.026 - Ketereh - Abd Aziz b. Kadir - PKR
N.23 - Melor - Wan Ismail Wan Jusoh - PAS
N.24 - Kadok - Azami Mohd Noor - PAS
N.25 - Kok Lanas - Dato’ Ahmad Rosli Ibrahim - PAS
P.027 - Tanah Merah - AMRAN B ABD GHANI - PKR
N.26 - Bukit Panau - Abdul Fattah Mahmood - PAS
N.27 - Gual Ipoh - Wan Yusoff Wan Mustafa - PAS
N.28 - Kemahang - Md Anizam Abdul Rahman - PAS
P.028 - Pasir Puteh - Muhammad Hussin - PAS
N.29 - Selising - Drs Saiful Bahrin Mohamad - PAS
N.30 - Limbongan - Drs Zainuddin Awang Hamat - PAS
N.31 - Semerak - Wan Hassan Wan Ibrahim - PAS
N.32 - Gaal - Dr Nik Mazian Nik Mohamad - PAS
P.029 - Machang - Saifuddin Nasution b. Ismail - PKR
N.33 - Pulai Chondong - Zulkifli Mamat - PAS
N.34 - Temangan - Dr Mohd Fadzli Datuk Hassan - PAS
N.35 - Kemuning - Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman - PAS
P.030 - Jeli – Hj. Mat Rashid b. Jais - PAS
N.36 - Bukit Bunga - Sufely Abdul Razak - PAS
N.37 - Ayer Lanas - Abdullah Ya’kub - PAS
N.38 - Kuala Balah - Hj Mohd Apandi - PKR
P.031 - Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Md Ramli - PAS
N.39 - Mengkebang - Abdul Latiff Abdul Rahman - PAS
N.40 - Guchil - Tuan Zamri Ariff - PKR
N.41 - Manek Urai - Ismail Yaacob - PAS
N.42 - Dabong - Arifabillah @ Mohd. Asri Ibrahim - PAS
P.032 - Gua Musang - Dr Zulkifli b Mohamad - PAS
N.43 - Nenggiri - Mohd Zuki Ibrahim - PKR
N.44 - Paloh - Reizal b Abd Rahim - PKR
N.45 - Galas - Che Hashim Sulaima - PAS

Friday 22 February 2008

Thursday 21 February 2008

::_Calon PAS Pahang_::

Berikut adalah senarai calon Pas yang akan bertanding di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-12 nanti:
PARLIMEN
JERANTUT

Dr. Hamzah Jaafar
KUALA KRAU
Kamal Shaari
BERA
Mazlan Aliman
LIPIS
Mohamad Nilam Abdul Manap
MARAN
Nasrudin Hasan Tantawi
ROMPIN
Mazlan Mohd. Yasin
DEWAN UNDANGAN NEGERI
JENGKA
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
PULAU TAWAR
Ishak Abdul Ghani
BESERAH
Syed Mohammed Tuan Lonnik
TANJUNG LUMPUR
Rosli Abdul Jabar
INDERAPURA
Syed Abdul Rahman Syed Hussain
SUNGAI LEMBING
Ishak Ahmad
PANCHING
Yusof Embong
PULAU MANIS
Othman Bakar
PERAMU JAYA
Abu Kassim Manaf
CHENOR
Mujiburrahman Ishak
KUALA SEMANTAN
Syed Hamid Syed Mohamad
PELANGAI
Hamdan Ahmad
GUAI
Musanif Abdul Rahman
BATU TALAM
Abdullah Suhaimin Saat
BUKIT IBAM
Shukri Ahmad
PERAMU JAYA
Abu Kassim Manaf
BEBAR
Kapten (B) Ahiatuddin Daud
KERDAU
Hassanudin Salim
PADANG TENGKU
Roslan Zainal Al-Ahmadi
TAHAN
Nuridah Mohd. Salleh
LUIT
Azizah Khatib Mat

::_Anok Kelate Ingat Pese Tok Guru_::

Ungkapan ajaib Tok Guru Nik Aziz 'beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih dan beri kertas undi pangkah bulan' kepada rakyatnya sejak dulu lagi sememangnya 'dipegang' kuat orang-orang Kelantan lebih-lebih lagi apabila menghadapi pilihan raya.Walaupun pelbagai tawaran cuba diberikan oleh pihak Umno/BN bagi memenangi hati rakyat Kelantan agar rakyat negeri itu boleh memberi laluan kepada mereka untuk memerintah ternyata rakyat negeri itu tidak mudah dimakan pujuk rayu.
Amanat Tuan Guru kepada rakyatnya tidak akan luntur dengan tawaran-tawaran menarik Umno/BN baik hendak menjadikan negeri Serambi Mekah itu sebagai Pusat Ketamadunan Islam yang terbilang jika mereka memerintah.
Tawaran itu dilontarkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, bukan itu sahaja beliau juga ingin membina sebuah masjid yang bernilai RM2.1 juta di Guchil, Kuala Krai.
Najib harus ingat, rakyat Kelantan mempunyai 'chemistry' yang kukuh dengan Tok Guru, mereka tidak pandang pada projek-projek yang bernilai jutaan ringgit, yang penting pemerintahan beliau dalam membela kebajikan sejak dulu lagi.
Tawaran PAS kali ini 'Negara Berkebajikan' sudah lama dipraktikkan di Kelantan dan rakyatnya agak selesa biarpun hidup secara sederhana.
Bahkan Najib Tun Razak dengan sombong dan angkuhnya menyeru rakyat negeri itu agar menjadikan tahun 2008 sebagai tahun terakhir PAS memerintah.
Agaknya Najib kena kaji sedalam-dalamnya mentaliti rakyat negeri Kelantan sebelum bercita-cita menawan rakyat negeri itu.
Malahan, Najib juga meminta rakyat negeri itu supaya menghentikan budaya 'beri pitih ambil, undi belum tentu'.
Yang terkini pula, Timbalan Pengerusi Pemuda Umno Khairy Jamaludin memujuk anak jati Kelantan yang berada di Lembah Klang berpakat balik mengundi pada pilihan raya tidak lama lagi.
Dengan menubuhkan Bilik Gerakan "Pakat Kelik Ngundi" (pakat balik mengundi), pergerakan itu turut memperkenalkan slogan "Pade Doh" dalam loghat Kelantan yang bermaksud cukuplah 18 tahun Pas memerintah negeri terbabit.
Sebenarnya yang paling tepat slogan 'pade doh' itu ditujukan kepada kerajaan Umno/BN yang bertahun-tahun memerintah negara ini, akhirnya rakyat yang menjadi mangsa dengan berbagai-bagai masalah termasuklah jenayah meningkat, harga barang melambung, kenaikan minyak, projek mega yang memberi keuntungan kepada kroni-kroni.
Khairy juga kena tahu, anak jati 'Kelate' yang berada di Lembah Klang bukan mudah untuk memangkah BN, sifat kenegerian mereka sangat kuat sehinggakan mereka masih berpegang teguh kepada pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Puluhan ribu anak 'Kelate' yang belum menukar tempat mengundi biarpun mereka bekerja atau menetap di Lembah Klang, mungkin mempunyai agenda tersendiri sama ada mereka sayang dan masih memerlukan khidmat Menteri Besar mereka yang mempunyai keperibadian yang disegani.
Jika mereka tidak memerlukan Menteri Besar seperti itu sudah tentu mereka tidak perlu fikir untuk pulang ke negeri asal untuk mengundi, lebih baik mengundi di tempat mereka bekerja.
Justeru, jika demokrasi dijaga dengan baik dan tidak dibawa pengundi haram, tidak diugut maka tidak ada sebab rakyat Kelantan boleh menerima orang lain.

::_Presiden PAS lancar manifesto 'Negara Berkebajikan'_::

Manifesto PAS 'Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih Menuju Negara Berkebajikan' yang diuar-uarkan sebelum ini akhirnya dilancarkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang tadi.
Dalam pelancaran manifesto itu, PAS menonjolkan Negara Berkebajikan sebagai satu tawaran untuk menunaikan keperluan rakyat dalam menghadapi penderitaan dalam semua aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial.
Menurut Abdul Hadi dalam ucapan pelancaran, tanggungjawab menunaikan Negara Berkebajikan ini adalah lebih luas daripada istilah yang difahami di politik Barat 'welfare state.
"Walaupun sebahagianya dilaksana oleh negara-negar Barat, objektif yang dimaksudkan oleh PAS dalam negara ini adalah lebih luas," katanya.
Katanya, bagi merealisasikan tema ini PAS menonjolkan tiga ciri yang penting bagi pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu beramanah,adil dan bersih.
Apa yang terkandung dalam 'Negara Berkebajikan', PAS melaksanakan tanggungjawab dengan memberikan pendidikan dan kesihatan secara percuma.
Bukan itu sahaja, Abdul Hadi turut menegaskan 'Negara Berkebajikan' juga hendaklah mengendalikan hasil negara iaitu kewangan dan segala punca ekonomi dengan cara amanah dan bersih daripada rasuah.
Dengan menghapuskan sifat rasuah ini, beliau juga yakin dan percaya PAS dapat mengendalikan hasil negara dengan baik dalam masa yang sama mendapat kepercayaan daripada masyarakat majmuk.
Dalam pada itu, Abdul Hadi menjelaskan Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS turut menonjolkan aspek spiritiual yang berbeza seperti mana 'Walfare State' yang dibuat di negara Barat.
Menurut beliau, aspek spiritual itu merangkumi perhitungan dosa dan pahala di sisi Allah yang ada dalam ajaran Islam.
Dengan menerapkan aspek itu, beliau yakin rakyat akan selesa bukan sahaja kehidupan mereka bertambah baik bahkan akan wujud sifat toleransi antara satu sama lain.
Turut serta dalam pelancaran manifesto PAS itu, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; AJK PAS, Dr Mohd Hatta Ramli; Calon Putrajaya, Mohammad Nor Mohamad; Calon Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dan Calon Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali.
Justeru, tegasnya, 'Negara Berkebajikan' akan memberi keberanian kepada rakyat berbagai kaum, akademik dan pakar-pakar untuk mengkritik dan memberi pandangan kepada kerajaan.
Oleh itu, katanya, demonstrasi jalanan tidak akan timbul bahkan demonstrasi akan dijalankan dengan aman begitu juga kebebasan media akan berlaku dengan sebaiknya.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dalam ucapannya berkata, PAS mengemukakan manifesto pada hari ini untuk menjelaskan kepada rakyat supaya tidak timbul kekeliruan sebagaimana yang cuba dipropagandakan oleh parti lawan.
Beliau juga berharap, PAS akan dipilih dan diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya kali ini sekaligus akan melaksanakan apa yang terkandung dalam manifesto itu.
Abdul Hadi turut menyerahkan manifesto kepada setiap wakil Dewan Muslimat, Pemuda, Ulama, jentera wanita muda, kelab penyokong PAS dan wakil kawasan.
Manifesto yang mempunyai 36 muka surat terdiri daripada 12 Teras, antaranya;

* Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
* Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara,
*Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah.
* Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan
* Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat
* Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta
* Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat
* Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita
* Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan
* Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik
* Pemuliharaan Alam Sekitar* Dasar Perpaduan Nasional.

::_Calon UMNO Kelate_::

Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) di Kelantan yang akan bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac ini:
PARLIMEN
TUMPAT
Dr. Asraf Wajdi Dato Hj Dusuki (muka baru)
PENGKALAN CHEPA
Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin (muka baru)
KOTA BHARU
Datuk Muhammad Fatmi Che Salleh (muka baru)(menggantikan Datuk Zaid Ibrahim yang digugurkan)
PASIR MAS
Datuk Ab Halim Ahmad (muka baru)
RANTAU PANJANG
Ustaz Mohd Afandi Yusoff (muka baru)
KUBANG KERIAN
Abdul Ghani Mamat (muka baru)
BACHOK
Datuk Dr. Awang Adek Husain
KETEREH
Datuk Seri Annuar Musa (muka baru -dari DUN Kok Lanas ke Parlimen Ketereh)
TANAH MERAH
Datuk Ir. Shaari Hassan
PASIR PUTEH
Amran Mat Nor (muka baru-dari DUN Selising ke Parlimen Pasir Puteh)(menggantikan Che Min Che Ahmad ke DUN Limbongan)
MACHANG
Datuk Sazmi Miah
JELI
Datuk Mustapa Mohamed
KUALA KRAI
Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar (muka baru)(menggantikan Datuk Razali Che Mamat digugurkan)
GUA MUSANG
Tengku Razaleigh Hamzah
DEWAN UNDANGAN NEGERI
PENGKALAN KUBOR
Datuk Norzahidi Omar
KELABORAN
Wan Hanapi Wan Yaakob (muka baru)
PASIR PEKAN
Mohd Nor Yaakob
WAKAF BHARU
Mohd Rosdi Abd. Aziz
KIJANG
Mustopha Ahmed (muka baru)
CHEMPAKA
Datuk Dr. Nik Zain Omar
PANCHOR
Dali Husain (muka baru)
TANJONG MAS
Khazuni Datuk Osman (muka baru)
KOTA LAMA
Ir. Tan Ken Teng (muka baru)
BUNUT PAYONG
Rosmadi Ismail (muka baru)
TENDONG
Mohamad Fauzi Mohamad
PENGKALAN PASIR
Hanafi Mamat
CHETOK
Rosdi Mahamd (muka baru)
MERANTIA
bdullah Mat Yassim
GUAL PERIOK
Datuk Shaari Mat Husin
BUKIT TUKU
Datuk Mohd Zain Ismail
SALOR
Ismail Mat (muka baru)
PASIR TUMBOH
Anuar Safian (muka baru)
DEMIT
Datuk Muhammad Ab. Ghani
TAWANG
Datuk Ibrahim Mat Din (muka baru)
PERUPOK
Datuk Dr. Awang Adek Husin (muka baru)
JELAWAT
Datuk Dr. Ilias Husin
MELOR
Azmi Ishak
KADOK
Roslan Abd. Hamid (muka baru)
KOK LANAS
Datuk Alwi Che Ahmad (bertukar kerusi dengan Datuk Seri Annuar Musa)
BUKIT PANAU
Nik Kamaruzzaman Sulong (muka baru)
GUAL IPOH
Datuk Hashim Shafin
KEMAHANG
Zianon Abdin Ali (muka baru)
SELISING
Hashim Ismail (muka baru)
LIMBONGAN
Datuk Che Min Che Amat (Dari Parlimen Pasir Puteh bertukat ke Dun Limbongan)
SEMERAK
Datuk Kamaruddin Md. Nor
GAAL
Tuan Mustapha Tuan Mat (muka baru)
PULAI CHONDONG
Datuk Asri Mejah (muka baru)
TEMENGAN
Datin Rahimah Mohamad (muka baru)
KEMUNING
Ahmad Jazlan Yaakob (muka baru)
BUKIT BUNGA
Mohd. Adhan Kechik
AIR LANAS
Dr. Azmi Setapa (muka baru)(mengambil alih tempat Datuk Mustapha Mohamed)
KUALA BALAH
Ab. Aziz Derashid
MENGKEBANG
Azizudin Hussin
GUCHIL
Dr. Shamshul Ikhwan Ashaari Azmi
MANEK URAI
Zulkifli Omar
DABONG
Datuk Ramzi Abdul Rahman
NENGGIRI
Md. Yusoff Abd. Ghani
PALOH
Datuk Norzula Mat Diah
GALAS
Saufi Deraman

::_Calon PAS Perak_::

Pas Perak hari ini mengumumkan senarai calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ini.Pengarah Pilihan Raya Pas negeri, Ahmad Awang yang juga Pesuruhjaya PAS Perak mengumumkan nama-nama calon itu pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS negeri di sini.
PARLIMEN
P.054 Gerik - Mohd Noor Abdul Rahman
P.055 Lenggong - Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria
P.056 Larut - Dr. Mohd Dhari Othman
P.057 Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof
P.059 Bukit Gantang - Roslan Shaharum
P.067 Kuala Kangsar - Dr. Khairudin Abdul Malik
P.069 Parit - Dr. Najihatussalehah Ahmad
DEWAN UNDANGAN NEGERI
N.03 Kenering - Mohd. Shukri Ahmad
N.05 Selama - Abu Husin Mohamad
N.06 Kubu Gajah - Mohd Nazri Din
N.08 Titi Serong - Dr. Khalil Idham Lim Abdullah
N.11 Gunung Semanggol - Ramli Tusin
N.12 Selinsing - Husin Din
N.15 Trong - Nor Azli Musa
N.16 Kamunting - Muhamad Apardi Sharri
N.19 Chenderoh - Mohammad Yassin Mohamed Yusof
N.20 Lubok Merbau - Mohd. Zainudin Mohd. Yusof
N.23 Manjoi - Zulkurnaini Ibrahim
N.35 Manong - Mohamad Yazid Yeop Baharuddin
N.36 Pengkalan Baru - Abu Bakar Hussain
N.38 Belanja - Muhammad Ismi Mat Talib
N.43 Sungai Rapat - Radzi Zainon
N.47 Ayer Kuning - Dr. Ahmad Razi Othman
N.49 Kampung Gajah - Mustafa Shaari
N.51 Pasir Panjang - Mohammad Nizar Jamaluddin
N.53 Rungkup - Mohd. Misbahul Munir Masduki
N.56 Changkat Jong - Mohd. Anuar Sudin
N.58 Slim - Zulqarnain Hassan

Wednesday 20 February 2008

::_Calon PAS vs Umno_::

Pusingan pertama pengistiharan nama calon yang bertanding telah menunjukan bahawa BN Terngganu berada di dalam keadaan tertekan. Kecoh dan bantahan demi bantahan telah dihantar kepada DS Idris Jusoh.Beberapa perarakan kecil telah diadakan, termasuk di Wisma Darul Iman. Rasa tidak puas hati dikalngan mereka cukupmenebal sehingga kata-kata nista dan kesat keluar. Mereka bukan memaki calon PAS tetapi mereka lebih gemar memaki sesama pemimpin mereka.
P.033 BESUT :
PAS - Datuk Hj Hussin Awang
BN - Dato’ Dr Abdullah bin Muhammad Zin
N. 01 KUALA BESUT:
PAS - Nik Mohd Zawawi Hj Salleh
BN - Dr A. Rahman bin Mokhtar
N. 02 KOTA PUTERA:
PRK - Belum Umum
BN - Muhammad Pehimi bin Yusof
N.03 JERTIH:
PAS - Mohd Hassan Salleh
BN - Dato’ Seri Idris bin Jusoh
N. 04 HULU BESUT:
PAS - Md. Zin Hassan
BN- Nawi bin Mohamad
P.034 SETIU:
PAS - Mohd Fauzi Muda
BN - Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee
N. 05 JABI:
PAS - Dr Azman Ibrahim
BN - Ramlan bin Ali
N. 06 PERMAISURI:
PKR - Wan Rahim Wan Hamzah
BN - Abd Halim bin Jusoh
N. 07 LANGKAP:
PAS - YM Tg Ahmad Tg Hussin
BN - Asha’ari bin Idris
N. 08 BATU RAKIT:
PAS - Shamsuddin Abdul Wahab
BN - Khazan bin Che Mat
P.035 KUALA NERUS:
PAS - Shurimum Shamsuddin
BN - Dato’ Mohd Nasir bin Ibrahim
N. 09 TEPUH:
PAS - Abu Bakar Abdullah
BN - Muhammad Ramli bin Nuh
N. 10 TELUK PASU:
PAS - Ridhuan Mohd Nor
BN - Datuk Abdul Rahin bin Dato’ Mohd Said
N. 11 SEBERANG TAKIR:
PKR - Belum Umum
BN - Ahmad Razif bin Abd Rahman
N. 12 BUKIT TUNGGAL:
PAS - Dr. Alias Razak
Bn - Tuan Arif Sahibu Fadilah bin Tuan Ahmad
P.036 KUALA TERENGGANU:
PAS - Hj Mohamad Sabu
BN - Dato’ Haji Razali bin Ismail
N. 13 WAKAF MEMPELAM:
PAS - Mohd Abdul Wahid Endut
BN - Othman bin Awang
N. 14 BANDAR:
PKR - Belum Umum
BN - Toh Chin Yaw
N. 15 LADANG:
PAS - YM Datuk Tg Hassan Tg Omar
BN - Dato’ Wan Hisham bin Wan Salleh
N. 16 BATU BURUK :
PAS - Dr Syed Azman Syed Nawawi
BN - Senator Nordiana bt Datuk Shafie
P.037 MARANG:
PAS - Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
BN - Dato' Dr. Ahmad Ramzi bin Mohamad Zubir
N. 17 ALUR LIMBAT:
PAS - Dato' Mustafa Ali
BN - Alias bin Abdullah
N. 18 BUKIT PAYUNG:
PAS - Mohd Noh Hamzah
BN - Zaidi bin Muda
N. 19 RU RENDANG:
PAS - Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
BN - Haji Razali bin Idris
N. 20 PENGKALAN BERANGAN:
PAS - Mohamad bin Deraman
BN - Yahaya bin Khatib Mohamad
P.038 HULU TERENGGANU:
PAS - Kamaruzzaman Abdullah
BN - Haji Mohd Nor bin Othman
N. 21 TELEMUNG:
PKR - Belum Umum
BN - Rozi bin Mamat
N. 22 MANIR:
PAS - Dato' Dr Hj Harun Taib
BN - Wan Sagar bin Wan Embong
N. 23 KUALA BERANG:
PAS - Haji Mahyuddin Abdul Rashid
BN - Mohd Zawawi bin Ismail
N. 24 AJIL:
PAS - Mohd Rezeki Hj Alias
BN - Dato’ Rosol bin Wahid
P.039 DUNGUN:
PKR - Shamsul Iskandar Mohd Akil
BN - Matulidi Jusoh
N. 25 BUKIT BESI:
PAS - Nordin Othman
BN - Dato’ Din bin Adam
N. 26 RANTAU ABANG:
PAS - Hj Azman Shapawi Abd Rani
BN - Za’abar bin Dato’ Haji Mohd Adib
N. 27 SURA:
PAS -Hj Wan Hassan Mohd Ramli
BN - Mohd Rosli bin Harun
N. 28 PAKA:
PAS - Hj Saiful Bahri Mamat
BN - Zakaria Ariffin
P.040 KEMAMAN:
PKR - Sdra Faris Musa
BN - Dato’ Ahmad Shabery bin Cheek
N. 29 KEMASIK:
PAS - Mohd Mahadi Nawi
BN - Radilah bin Abd. Wahab
N. 30 KIJAL:
PAS - Hazli Jusoh
BN - Dato’ Ahmad bin Said
N. 31 CUKAI:
PAS - Hanafiah Mat
BN - Dato’ Mohamed bin Awang Tera
N. 32 AIR PUTIH:
PAS - Ismail Haron
BN - Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar

::_Orang Utan......_::

"Saya cakap yang betul." Begitulah tingkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila ditanya sama ada beliau akan menarik balik panggilan "Orang Utan" yang dilemparkannya kepada Umno baru-baru ini.
Mengukuhkan pendiriannya itu, Nik Aziz berkata: "Islam itu dari langit untuk manusia bukan untuk haiwan. Maka orang yang tolak Islam itu serupa dengan makhluk haiwan."
Menurutnya, sekurang-kurangnya beliau tidak menggunakan perkataan haiwan, ungkapan yang lebih kesat, terhadap orang Umno, hanya Orang Utan.
"Orang putih guna perkataan 'animal'. saya guna 'Orang Utan' tidak 'animal'. Saya minta saudara saya dalam Umno fikir. Jangan cepat melenting kerana sekali sekala kita nasihat, sekali sekala kita rotan," katanya dalam temubual khas di sini.
Katanya, sama seperti apabila berhadapan dengan anak sendiri yang kadang-kala di nasihat, dan kadang-kala dirotan pula, begitulah juga PAS apabila berhadapan dengan parti lawannya.
Apabila dianjurkan bahawa bahasa yang digunakan itu mungkin kasar, lantas penyandang Menteri Besar Kelantan itu menjawab:
"Tidak bahasa kasar. Sekali sekala kasar perlu digunakan. Allah Taala dalam Quran sebut, orang tolak Islam macam binatang. Itu Allah Taala guna."
Nik Aziz yang digelar ramai pihak sebagai Tok Guru berkata, beliau tidak terus melemparkan perkataaan binatang kepada orang Umno, tetapi menggunakan perkataan yang mengandungi ungkapan 'orang', makanya beliau mengatakan orang Umno seperti 'Orang Utan'.
Ditanya sama ada beliau akan meminta maaf dan memberi penjelasan terhadap kenyataan itu seperti yang dituntut banyak pihak beliau berkata tidak ada sebab beliau perlu berbuat demikian kerana beliau bukannya tersilap.
"Nak minta maaf macam mana kerana sengaja saya kata begitu," ujarnya.

::_Orang Utan & Anjing Dalam al-Quran_::

Nampaknya para penyokong Umno khususnya terdiri daripada pak-pak menteri begitu gelisah apabila dilabelkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai orang utan.
Sesungguhnya Dato' Nik Aziz mempunyai alasan tersendiri mengapa mengungkapkan kata-kata itu. Ia tidak lain kerana tindakan sesetengah ahli Umno sendiri yang boleh disifatkan sebagai tidak bertamadun, mahu memburuk-burukkan Kelantan kononnya mundur di bawah pentadbiran ulama.
Kemunduran yang dimaksudkan oleh ahli-ahli Umno adalah dari sudut pembangunan, sedangkan Kelantan semakin maju dengan pembangunan fizikal pesat termasuk di pusat bandar Kota Bharu di samping pembangunan rohani di kalangan rakyat.
Usaha membangunkan rohani (modal insan) berterusan setiap masa, bukan sahaja pada bulan Ramadan, malah sepanjang tahun, inilah yang tidak dilihat oleh mereka yang hatinya mati dengan penghayatan program-program Islam.
Melentingnya ahli-ahli Umno di semua peringkat kerana dilabel sebagai orang utan, mengatasi tindakan musuh Islam yang memburuk-burukkan Nabi Muhammad s.a.w.
Apapun yang perlu diperhatikan di sini adalah, istilah orang utan itu spontan keluar disebabkan tindakan liar Umno terhadap Kelantan ditambah hasrat mereka untuk merawat negeri itu, sedangkan negeri-negeri yang ditadbir Umno sendiri berada pada tahap mencemaskan dari sudut pegangan akidah rakyat terhadap Islam.
Kenapa mereka sibuk untuk menjadi Kelantan pusat tamadun Islam sedangkan pusat kasino terbesar di Asia Tenggara iaitu di Genting tidak mampu ditutup mereka?
Dalam al-Quran Allah SWT tidak melabelkan orang yang bertindak dengan mempermain, mempersenda dan membelakangkan Islam dengan orang utan, malah Allah menyifatkannya sebagai anjing, ini dapat dilihat menerusi ayat 176 surah al-'Araf yang bermaksud: "Dan kalau Kami menghendaki, seseungguhnya Kami tinggikan kedudukannya dengan ayat-ayat Kami, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menuruti hawa nafsu yang rendah, maka perumpamaannya seperti seekor anjing, jika kamu menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia tetap juga menjelirkan lidahnya. Demikian itu perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah (kepada umat) kisah-kisah itu agar mereka berfikir."
Apa yang boleh kita ambil pengajaran daripada ayat di atas, ganti nama dia dalam ayat ditujukan kepada seorang alim di kalangan Bani Izrail yang bernama Bal'am bin Ba'uraa yang tidak menjalankan tugasan dakwahnya terhadap Firaun seperti yang diarahkan Nabi Musa a.s.,malah terikut dengan rentak songsang Firaun dengan meninggalkan tugas-tugas dakwah bagi mengharapkan habuan dunia.
Dia dilabelkan Allah sebagai seekor anjing yang tidak bermaruah, hanya menjelirkan lidah akibat daripada mempersenda ajaran nabi Musa a.s.
Bagaimana dengan kedudukan ahli-ahli Umno, mereka berikrar dalam solat, untuk jadikan hidup dan mati hanya untuk Allah, tetapi tindakan di luar solat, tidak sepertimana di dalam pelaksanaan ibadat solat, hukum Allah seperti Hudud, Qisas dan Takzir tidak pernah terlaksana di zaman pemerintahan BN, mereka menggantikannya dengan undang-undang sivil ciptaan manusia.
Tidakkah tindakan itu juga dianggap sebagai mempersenda Allah yang layak dilabel sebagai orang utan, bukannya anjing seperti ditegaskan dalam ayat di atas.
Dengan sebab keangkuhan pimpinan negara yang tidak mahu melaksanakan hukum Allah itu, maka kita diancam pelbagai bahaya yang tidak terduga sebelum ini.
Tidakkah peristiwa banjir besar di Johor tahun lalu mengingatkan kita kepada hukuman Allah? Sama-samalah kita perhatikan dengan pandangan makrifat, agar kita terselamat daripada mara bahaya.

::_Tengok,PK & Hitunglah_::



::_Islam Hadhari....Karut!!!_::

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan dan mempelopori satu gagasan baru kepada rakyat Malaysia sejak tahun 2003, yang dinamakan sebagai Islam Hadhari, atau dalam bahasa Melayunya "Islam Bertamaddun".
Islam Hadhari atau Islam Bertamaddun mempunyai rukun-rukunnya tersendiri yang baharu berjumlah 10 kesemuanya. Islam asal yang diturunkan Allah swt melalui RasulNya Nabi Muhammad saw pula mempunyai 6 rukun. Niat dan matlamat sebenar Islam Hadhari menjadi keliru sejak awal lagi.
Nama nya yang bermaksud Islam Bertamaddun menggambarkan seolah-olah ianya adalah Islam yang baharu yang lebih bertamaddun dari Islam Al Quran yang asal. Ianya tambah mengelirukan kerana mempunyai rukun yang tidak sama dengan rukun Islam asal.
Permasalahan
Islam Hadhari sejak penubuhannya lebih banyak membawa kekeliruan dan masalah kepada pemahaman Islam di kalangan rakyat. Bukan sahaja mereka yang bukan Islam bertambah menjadi sangat keliru, mereka yang beragama Islam, khususnya golongan muda dan mereka yang tidak berpendidikan tinggi menjadi kelam kabut.
Antara perkara-perkara yang membawa kekeliruan ini ialah:
1. Penerusan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak, perjudian,dan lumba kuda terbesar di Asia Tenggara. Kegiatan-kegiatan ibu kemaksiatan ini terus berkembang dan dilesenkan oleh pentadbiran Islam Hadhari.
2. Konsert dan program hiburan yang melampau secara "live" dan melalui media massa meningkat lebih 100% sejak Islam Hadhari dilancarkan.
3. Isu murtad. Bilangan orang-orang Islam yang mengisytiharkan keluar dari Islam (murtad) secara rasmi meningkat dari tahun ke tahun. Setakat belum ada sebarang inisiatif dari pentadbiran Islam Hadhari untuk mengekang masalah dan menjaga kemurnian akidah rakyat secara jelas. Bahkan cadangan PAS di parlimen ditolak mentah-mentah.
4. Gejala maksiat dikalangan pimpinan. Kebejatan moral yang begitu parah di kalangan pimpinan kerajaan UMNO/BN sendiri, khasnya dari mereka beragama Islam yang diketahui umum tidak menggambarkan kesungguhan diperingkat tertinggi dalam menghayati Islam hadhari.
Penegasan dan Gesaan
Cara Islam Hadhari diperkenalkan, kandungannya yang kosong, perlaksanaan yang terlalu bercelaru, sokongan kepimpinan sendiri yang tidak lebih dari tepian bibir mulut, pertentangan secara jelas dengan syariat dan akidah Islam ajaran Al Quran, benar-benar telah mengelirukan rakyat. Bahkan ia juga mudah membawa kepada kegelinciran aqidah Islam sebenar.
Dengan demikian, PAS dan rakyat Islam yang perihatin serta menyintai kemurnian akidah dan syariat Islam dengan tegasnya menggesa agar rakyat Malaysia seluruhnya menolak segala usaha yang membawa kepada kekeliruan dan kerosakan aqidah dan kembali kepada Islam yang sebenarnya.

::_Pas Wilayah Umum Calon_::

Pas Wilayah akhirnya memulai langkah, mendepani semua negeri dan parti-parti Barisan Nasional dan secara rasminya mengumumkan 3 calon yang akan membawa panji PAS pada pilihanraya ke-12 ini.Peristiharan itu dilakukan lewat malam tadi oleh Presiden PAS sendiri, Tuan Guru Dato Seri Abd Hadi Awang, di Markas PAS Titiwangsa.
HJ. Mohamad Noor Mohamad yang sebelum ini bertanding di parlimen Titiwangsa bertukar ke Parlimen Putrajaya. Tempat beliau digantikan oleh AJK PAS Pusat yang juga Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa, Dr. Lo’lo Dato’ Hj. Ghazali. PAS Labuan pula diwakili oleh Sdr. Matusin Abd Rahman, iaitu YDP PAS Labuan.
Lebih 2000 penyokong Barisan Alternatif membanjiri Markas PAS Titiwangsa untuk melihat sendiri calon-calon PAS Wilayah Persekutuan. Para petugas PAS Wilayah Persekutuan kini berada dalam tahap terbaik untuk memberikan saingan sengit kepada Jentera Barisan Nasional dalam Pilihanraya kali ini.
Sebelum pengistiharan calon, Presiden telah melancarkan T-Shirt rasmi Petugas PAS dengan memakaikannya kepada seorang petugas berbangsa India, Sdr. Rama yang secara simboliknya menunjukkan sokongan padu kepada PAS walaupun berbeza agama, tetapi satu matlamat.
Presiden dalan ucapan beliau, menekankan bahawa semua pihak kini mengharap Keadilan, Kesejahteraan dan inginkan negara ini diperintah dengan sebaiknya oleh pemimpin yang jujur. Dan pemimpin-pemimpin PAS adalah alternatif kepada pemimpin korupsi yang saban musim mewakili BN.
PAS akan bertanding di lebih 60 kerusi parlimen dan semua jentera PAS kini diminta untuk melipatkan gandakan gerak kerja kempen bagi memastikan rakyat dapat menerima maklumat yang betul terhadap isu-isu semasa.

::-BN Ganu Umum Calon_::

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh berkata seramai 14 muka baru termasuk seorang calon wanita, Senator Nordiana Datuk Shafie yang juga Ketua Puteri Umno negeri dicalonkan untuk bertanding di negeri itu yang mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen.
Sebelas muka baru itu akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala tiga lagi muka baru itu bertanding kerusi Parlimen, katanya semasa mengumumkan senarai calon BN di kediaman rasminya di Seri Iman tengah hari ini.
Penyandang kerusi Parlimen Marang yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar dan penyandang kerusi Parlimen Dungun Datuk Rosli Mat Hassan digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac di Terengganu.
Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) di Terengganu yang akan bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac ini:
PARLIMEN
BESUT Datuk Dr. Abdullah Mohd. Zin
SETIU Datuk Mohamed Jidin Shafie
KUALA NERUS Mohamed Nasir Ibrahim Fikri
KUALA TERENGGANU Datuk Razali Ismail
MARANG Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (muka baru)
HULU TERENGGANU Mohd. Nor Othman
DUNGUN Matulidi Jusoh (muka baru)
KEMAMAN Ahmad Shaberry Cheek
DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
KUALA BESUT Dr. A. Rahman Mokhtar (muka baru)
KOTA PUTERA Belum ada (pukul 4 petang ini baru diumumkan)
JERTIH Datuk Seri Idris Jusoh
HULU BESUT Nawi Mohamad
JABI Ramlan Ali
PERMAISURI Abd. Halim Jusoh
LANGKAP Ashaari Idris
BATU RAKIT Khazan Che Mat
TEPUH Mohamed Ramli Noh
TELUK PASU Datuk Abdul Rahin Mohamed Said
SEBERANG TAKIR Ahmad Razif Abd. Rahman (muka baru)
BUKIT TUNGGAL Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad (muka baru)
WAKAF MEMPELAM Othman Awang (muka baru)
BANDAR Toh Chin Yaw
LADANG Datuk Wan Hisham Wan Salleh
BATU BURUK Senator Nordiana Shafie (muka baru)
ALUR LIMBAT Alias Abdullah
BUKIT PAYUNG Zaidi Muda (muka baru)
RU RENDANG Razali Idris (muka baru)
PENGKALAN BERANGAN Yahya Khatib Mohamad
TELEMUNG Rozi Mamat
MANIR Wan Sagar Wan Embong
KUALA BERANG Mohd. Zawawi Ismail
AJIL Datuk Rosol Wahid
BUKIT BESI Datuk Din Adam
RANTAU ABANG Za'abar Mohamed Adib
SURA Mohd. Rosli Harun (muka baru)
PAKA Zakaria @ Ariffin Abdullah
KEMASIK Radilah Abd. Wahab
KIJAL Datuk Ahmad Said
CUKAI Datuk Mohamad Awang Tera
AIR PUTIH Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar

Tuesday 19 February 2008

::_Permatang Pauh: Hilmi cabar Azizah?_::

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Hilmi Yahaya diuar-uarkan akan mencabar presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail di kerusi parlimen Permatang Pauh.Sementara kerusi Hilmi sekarang di Balik Pulau mahu diserahkan Senator Nor Mohamed Yakcob, kini Menteri Kewangan Kedua.Peralihan kerusi antara dua calon itu bertujuan merampas kerusi Permatang Pauh daripada PKR dan sekali gus membawa Nor Mohamed ke Dewan Rakyat melalui kemenangan di kerusi selamat.




::_Laku Ye Borang Percalonan_::

Borang pencalonan bertanding pilihan raya umum ke-12 laris bagai ‘pisang goreng panas’ apabila sebanyak 1,825 set borang tersebut telah dibeli daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat petang ini
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, sejumlah 1,125 set borang untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 700 borang kerusi Parlimen dibeli sejak penjualannya dibuka seminggu lalu.
Katanya, setiap set borang satu muka surat itu berharga RM20.
‘‘Kita cetak set borang pencalonan itu dalam jumlah yang banyak. Orang hendak beli, jadi kita (SPR) tidak tolak,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sejumlah 30 parti berdaftar dijadual bertanding merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
Bakal-bakal calon masih boleh membeli borang pencalonan sehingga hari penamaan calon pada 24 Februari ini.

Monday 18 February 2008

::_Pas Perlis Siap Berjuang_::

Pas Perlis mengambil langkah awal mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 yang akan berlangsung pada 8 Mac akan datang.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi pada majlis ceramah sempena siri 'Jelajah Presiden ke Negeri Perlis'.
Seramai 14 orang calon yang terdiri daripada dua orang calon parlimen dan 12 orang calon dewan undangan negeri (Dun) yang telah diamanahkan oleh PAS untuk menjadi calon pada PRU akan datang.
Selepas menyampaikan ceramahnya, Abdul Hadi menerima senarai calon yang dinanti-nantikan oleh para hadirin termasuk para wartawan daripada pelbagai akhbar untuk diumumkan daripada Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.
Bagi kawasan Padang Besar calon-calonnya ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin (Parlimen Padang Besar); Bendahari PAS Perlis, Mohd Ali Puteh (Dun Chuping); AJK PAS Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim (Dun Mata Ayer) dan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz ABdul Rashid Abdul Rahman (Dun Santan).
Di Kawasan Kangar, AJK PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir akan bertanding di Dun Bintong; AJK PAS Kangar, Ustaz Osman Abdullah (Dun Sena); Bendahari Jabatan Pilihan raya PAS Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh (Dun Kuala Perlis) dan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman (Dun Kayang).

Sementara itu di Arau, Timbalan Muryidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din sekali lagi akan bertanding di Parlimen Arau. Di Dun pula, Timbalan Yang DiPertua PAS Arau, Abu Bakar Ali akan bertanding di Pauh, manakala AJK PAS Arau, Ustaz Che Nordin Che Ahmad bertanding di Tambun Tulang.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil akan bertanding di Dun Guar Sanji, Rus'sele Eizan di Dun Simpang Empat dan Ustaz Hashim pula akan bertanding mempertahankan kerusi Dun Sanglang.
Empat orang ulama; Abdul Rashid, Osman, Ya'akub dan Che Nordin bersama Rus'sele adalah muka baru manakala Ahmad Tajudin pula pernah bertanding dalam pilihan raya umum tahun 1995.
Dalam pada itu, Harakahdaily difahamkan masih ada satu kerusi yang diperuntukkan untuk PAS yang masih di peringkat akhir perundingan bersama KeADILan iaitu sama ada kerusi Dun Beseri atau Titi Tinggi.
KeADILan pula diperuntukkan tiga kerusi sudah pasti akan bertanding di Parlimen Kangar dan Dun Indera Kayangan.
Mengulas tentang barisan calon, Abdul Hadi menyifatkan mereka terdiri daripada mereka yang mampu dan berwibawa sama ada daripada segi ilmu dan moral.
Menjawab pertanyaan wartawan, katanya setiap calon yang bakal bertanding telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.
"Mereka terdiri daripada campuran muka baru dan lama, gabung ulama,profesional dan aktivis masyarakat yang mampu membawa Perlis kepada negeri kepada sebuah negeri berkebajikan," katanya.
Ditanya tentang peluang PAS Perlis, beliau melihat PAS-Barisan Alternatif mampu untuk menawan Perlis jika amalan demokrasi di negara ini diamalkan dengan baik.
"Sekiranya demokrasi diamalkan dengan betul tanpa penipuaan, pilihan raya yang adil, kita mampu menawan Perlis. Kita harap boleh menang dan memerintah atau sekurang-kurangnya menjadi pembangkang yang kuat,"jelasnya.
Ribuan manusia menghadiri majlis ceramah dan pengumuman calon yang diadakan di tapak kompleks PAS Perlis di Kampung Pondok. Turut berceramah ialah Ustaz Hashim dan Dr Haron.

::_"Siapa yang sakit, PAS atau UMNO?" Husam Musa_::

Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Husam Musa, semalam membidas sindiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengisytiharkan 2008 sebagai 'Tahun Merawat Kelantan.'
Sebelum ini, PAS mempromosikan tahun ini sebagai 'Tahun Melawat Kelantan.' Dalam satu sidang akhbar semalam, Husam berkata:
'Sebenarnya siapa yang tidak berapa sihat? Kelantan yang tidak sihat ke atau Umno sendiri yang tidak sihat? Kita nak tahu apa sakit Kelantan. Kalau sakit pening kepala, saya rasa jumpa doktor dah cukup.
'Tetapi kalau sakit itu spiritual atau rohani dan akhlak, saya ingat Umno sendiri pun bermasalah. Pada pendapat saya, Islam yang boleh berikan rawatan rohani.'
Menurut Husam, kerajaan sekarang berdepan dengan masalah akhlak seperti penyalahgunaan dadah di kalangan belia dan skandal seks.
Mengenai tuduhan Datuk Seri Najib bahawa PAS tidak membawa pembangunan kepada Kelantan, Husam menunjukkan beberapa gambar kawasan perumahan di kawasan Pekan yang kelihatan daif. Najib adalah Ahli Parlimen Pekan, Pahang.
'Jadi saya nasihatkan Timbalan Perdana Menteri agar baiki dulu dan majukan Pekan, barulah boleh datang rawat Kelantan. Dan saya minta PAS kawasan Pekan agar melancarkan program Merawat Pekan pada tahun 2008,' kata Husam.
Ditanya mengenai gerakan Pemuda BN dengan slogan 'Pakat Kelik Ngundi' (pakat balik mengundi) bagi menarik golongan muda yang tinggal di luar Kelantan pulang mengundi menentang PAS, Husam akur ia ancaman yang tidak dipandang ringan oleh pihaknya.
Menurutnya, dalam pilihan raya 1999, sebanyak 85 peratus daripada golongan itu mengundi PAS tetapi golongan itu beralih kepada BN dalam 2004.
Beliau bagaimanapun menarik perhatian, golongan itu mempunyai akses kepada Internet dan sedar rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan pimpinan BN.
Justeru, Husam yakin golongan itu akan memberi semula undi kepada PAS.

::_Mat Taib Ada Lagi Ko,Bankrap La.._::

Sekurang-kurangnya 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk tiga anggota Exco dan lapan ahli Parlimen kemungkinan besar tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) negeri Selangor dalam pilihan raya umum ke 12 kali ini.
Sebaliknya, lima Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, dua Ketua Wanita serta sekurang-kurangnya seorang Ketua Puteri Bahagian dijangka dalam senarai yang akan diumumkan BN Selangor, selewat-lewatnya Rabu ini.
Antara Exco disebut-sebut akan digugurkan ialah Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan (Adun Kota Damansara), Datuk Raja Ideris Raja Ahmad (Adun Sabak) dan Tang See Hang (Adun Rawang).
Seorang lagi Exco, Adun Kuala Kubu Bharu, Datuk Ch’ng Toh Eng disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen Klang manakala Datuk Ahmad Nawawi M.Zin, Adun Kota Anggerik juga dikatakan akan bertanding kerusi Parlimen Shah Alam.
Adun Taman Templer, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman, Datuk Mad Aris Mad Yusof (Adun Chempaka), Datuk Salamon Selamat (Adun Batu Tiga), Datuk Zainal Abidin Sakom (Adun Batang Kali), Datuk Mohamad Ideris Abu Bakar (Adun Hulu Bernam) dan Abdul Wahab Ibrahim (Adun Taman Medan) kemungkinan besar turut tidak disenaraikan lagi.
Begitu juga dengan Adun Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md Deros, Datuk Abdul Aziz Md Noh (Permatang) dan Adun Batu Caves, Datuk V.Jagarasah. Selain itu, Adun Dusun Tua, Rahmad Musa dan Adun Kuang Soohaimi Abdul Rahman juga dikatakan antara tidak dipilih lagi.
Difahamkan, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, Datuk Mat Yasir Ikhsan (Sabak Bernam), Dr Rozaidah Talib (Ampang) dan ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd Daud Tarihep antara digugurkan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin antara yang pasti tidak bertanding lagi termasuk Datuk Yap Pian Hon (Serdang) dan Tan Sri Dr. K.S.Ninjar, ahli Parlimen Subang.
AgendaSelangor.com difahamkan, BN Selangor mengugurkan kira-kira 30 peratus wakil rakyat daripada 54 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan 22 kerusi Parlimen.
Dua kerusi DUN, Sungai Pinang dan Sekinchan dimenangi calon DAP pada pilihan raya umum lalu.
Dalam senarai calon-calon kali ini, BN Selangor dijangka memberi peluang kepada muka-muka baru antaranya Ketua Pemuda Umno Selangor, Ab. Shukor Idrus yang akan bertanding di DUN Taman Templer, Ketua Pemuda Hulu Selangor, Mohd Isa Abu Kasim (DUN Batang Kali), Ketua Pemuda Hulu Langat Johan Abdul Aziz di DUN Dusun Tua.
Kemungkinan besar turut terpilih calon Ketua Pemuda Klang dan Kapar, Faizal Abdullah dan Zainuri Datuk Zakaria.
Puteri Selangor turut mendapat tempat dengan kemungkinan seorang daripada mereka dicalonkan sama ada Ketua Pergerakan itu, Noraazmin Radzuan atau Ketua Puteri Bahagian Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim.
Ketua Wanita Pandan, Norshimah Hashim disebut-sebut akan bertanding di DUN Chempaka dan seorang lagi calon wanita dikatakan akan diletakkan di DUN Taman Medan.
Calon-calon baru lain disebut-sebut ialah Datuk Warno Dogol yang akan bertanding di DUN Sabak, Datuk Zein Ismail di DUN Kota Damansara dan Sulaiman Razak di DUN Permatang dan Datuk Subhan Kamal di Kuang.
Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang diuar-uarkan bertanding kerusi Parlimen Shah Alam kemungkinan besar dicalonkan di parlimen Kuala Selangor.
Bagaimanapun, senarai sebenar calon-calon yang digugurkan serta akan mewakili BN Selangor pada pilihan raya kali ini hanya diketahui selepas Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri pada Isnin ini.
Apa yang jelas, BN Selangor berharap gandingan calon lama dan baru ini akan memberi kejayaan besar dalam pilihan raya pada 8 Mac ini terutama bagi memastikan Pembangkang Sifar tercapai.

::_Tan Sri Khalid Ibrahim calon PKR Bandar Tun Razak _::

Spekulasi siapa bakal menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) parlimen Bandar Tun Razak, Kulala Lumpur terjawab. Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengumumkan pada majlis ceramah perdana anjuran parti itu di Taman Bukit Anggerik Cheras malam tadi.
Pengumuman Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon PKR Bandar Tun Razak diberi tepukan gemuruh lebih 4000 hadirin yang membanjiri tapak ceramah yang diadakan malam tadi.
"Kita perlu menghantar ahli parlimen yang berwibawa, yang boleh membawa isu rakyat di parlimen. PKR menawarkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi" kata Anwar.
Anwar turut menawarkan kepada rakyat pendidikan percuma dari peringkat rendah sehingga universiri.
Selain itu harga minyak akan diturunkan sekiranya rakyat memberi mandat pembangkang.
"Saya punyai lapan tahun pengalaman sebagai menteri kewangan, dan selama itu juga harga minyak kekal RM1.10. Ketika itu Petronas hanya untung RM30 bilion. Kini keuntungan selepas cukai Petronas hampir RM80 bilion. Salahkah kita ambil RM10 bilion untuk menambah subsidi agar harga minyak dapat diturunkan bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat? Kita masih ada RM70 bilion lagi yang boleh digunakan untuk kos pendidikan dan lain-lain," katanya lagi.
Turut memberi ucapan pada malam tadi ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali. Sebelum ini spekulasi kuat mengatakan Azmin akan bertanding di parlimen tersebut.
Azmin turut menyentuh isu pendidikan dan mengatakan menteri pelajaran sekarang asyik membawa kerisnya ke hulu dan ke hilir.
"Seorang menteri pelajaran tidak sepatutnya sibuk dengan kerisnya sepanjang masa. Sepatutnya dia membawa laptop macam saya. Mungkin saya lebih layak menjadi Menteri Pelajaran selepas ini." tambah Azmin yang kemudiannya mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.
Parlimen Bandar Tun Razak diwakili oleh MCA, Datuk Tan Chai Ho yang juga Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang memenangi kerusi tersebut pada Pilihanraya Umum ke-11 tahun 2004 mengalahkan calon PKR Rosli Ibrahim @ Mamat dengan majoriti 17,527 undi.
Sebelum ini Tan Chai Ho menggesa pengundi di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak supaya terus memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum kali ini.
Beliau berkata persediaan yang rapi telah dijalankan di kawasan ini termasuk jentera pilihan raya yang telah dipertingkatkan untuk beroperasi seratus peratus selepas hari penamaan calon nanti.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau akan dicalonkan semula bertanding di kawasan parlimen itu Tan berkata "Susah nak jawab kerana senarai nama calon belum diumumkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting, tapi saya hanya dimaklumkan supaya membuat persedian untuk pilihan raya bagi kawasan ini (Bandar Tun Razak)," katanya.
Bagaimanapun Tan berkata beliau melihat respons penduduk setempat sangat menggalakkan dan mereka masih berharap beliau dicalonkan semula di kawasan parlimen itu.
Dengan pengumuman tersebut sah Khalid Ibrahim akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

Sunday 17 February 2008

::_Rawat Demo Dulu,Umno.._::

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan Umno dan BN supaya merawat diri sendiri dan tidak perlu merawat Kelantan, kerana di sana sudah ada doktor dan hospital tersendiri dan rakyat Kelantan sihat belaka.
"Umno yang perlu dirawat, beri Al-Quran Umno tolak, beri perintah Allah Umno tolak, cerita tentang kebaikan Islam juga Umno tolak, jadi seharusnya Umno yang mesti dirawat terlebih dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kompleks PAS Kedah, di sini sebaik selesai menyampaikan ceramah Perdana bersama Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din.
"Banyak penyakit dalam Umno, berebut pangkat, iri hati dan ini semua perlu diubati, tak mahu kepada Islam lebih berat, berubatlah segera, rakyat Kelantan dah ada doktor, dah ada hospital sendiri, kami aman di Kelantan," sambung beliau.
Tuan Guru berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Timbalan Perdana Manteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mendakwa kononnya BN bertekad mengambil-alih teraju kerajaan negeri bertujuan merawat Kelantan.
Tiga pemimpin tertinggi parti itu hadir ke Kedah sempena program Jelajah Presiden yang berakhir di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar yang ditemui mengucapkan syabas kepada rakyat Kedah di atas sambutan hangat yang diberikan.
"Siri terakhir Jelajah Presiden ini memperlihatkan sambutan luar biasa rakyat dari pelbagai kaum di Kedah terhadap tiga pimpinan utama PAS di Sungai Petani, Pendang dan Kubang Pasu; ceramah perdana malam ini juga mendapat sambutan luar jangkaan, Alhamdulillah.
"Kita berharap mood ini dapat dikekalkan hingga ke hari pembuangan undi, saya yakin Umno tidak senang duduk dengan sambutan yang diberikan; kehadiran Pak Lah di Kedah pada hari yang sama tidak mendapat sambutan sebegini rupa, hanya penipuan yang boleh memenangkan BN di Kedah dan di tempat lain, itu sahaja senjata terakhir mereka," ujar Haji Mahfuz.

::_Saifuddin Nasation Di Machang?_::

Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasation dijangka menang jika khabar-khabar angin yang menyatakan beliau akan bertanding di Parlimen Machang menjadi kenyataan.
Saifuddin adalah ahli PAS Pokok Sena, Kedah yang dipinjamkan oleh PKR atas kehendak Penasihat Umumnya, Anwar Ibrahim memegang jawatan Pengarah Strategik parti itu.
Sebelum menyertai Umno bersama mantan Naib Presiden PAS, Nakhaei Haji Ahmad, beliau adalah pemimpin pelapis PAS yang berpontensi. Kedudukan akhirnya dalam Pemuda Umno ialah Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, sebelum meninggalkan parti assobiyyah itu.
Ketika Anwar Ibrahim dipecat dari Umno, Saifuddin menyertai Parti KeAdilan dan menang bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Lunas, Kedah yang sarat dengan kontroversi.
Parlimen Machang khabarnya telah diserahkan kepada PKR atas strategik bersama bagi membolehkan Saifuddin bertanding atas tiket parti itu.

::_Brahim Ali Tanding Pasir Mas?_::

Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Datuk Paduka Ibrahim Ali disebut-sebut akan bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas, dalam pilihan raya kali ini.Menurut sumber, beliau diberi laluan oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan dan PAS Kawasan Pasir Mas bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
Dalam pilihan raya lalu, Ibrahim bertanding atas tiket bebas menentang calon PAS dan BN. Pilihan raya sengit itu telah menyaksikan calon PAS, Ustaz Ismail Noh berjaya menewaskan mereka.Dalam pilihanraya kecil Dun Pangkalan Pasir, PAS dijangka menang jika Ibrahim tidak meletakkan dirinya bertanding sebagai calon bebas. Undi yang diperolehi Ibrahim, jika diterjemahkan sebagai protes kepada calon BN, mampu memenangkan PAS waktu itu.Kata desas-desus Jalan Dato' Pati, Kota Bharu, PAS Kelantan "terpaksa" mengemukakan Ibrahim Ali bagi membolehkan ketiga-tiga Dun dikuasai penuh oleh parti itu.
Ibrahim sebelum menyertai Semangat 46, adalah Exco Pemuda Umno Malaysia. Beliau kembali bersama Umno bersama Tengku Razaliegh Hamzah dan akhirnya dilantik Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, sewaktu Mahathir Perdana Menteri. Kemudian beliau dipecat dari Umno.
Baru-baru ini, Ibrahim Ali bersama Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu serta Pengerusi Strategik PKR, Saifuddin Nasation telah memulakan gerak-gempur Parlimen Pasir Mas di Stadium Pasir Mas.Jika tidak disebotaj oleh pihak Umno, kata satu sumber, kehadiran ceramah mega yang dianjurkan itu boleh mencecah sehingga 20, 000 orang.
Bagaimanapun, menurut seorang blogger, jumlah 10,000 yang dikatakan memenuhi stadium sudah cukup untuk memberi signal bahawa pengundi Pasir Mas masih setia bersama pembangkang dalam pilihan raya umum kali ini.
Jumlah itu sudah cukup kuat, dalam senario beribu-ribu poster pengumuman "Batal Ceramah" yang dicetak khas dan sebaran SMS yang cuba untuk menggagalkan para pengundi turun mendengar amanat ke tiga-tiga tokoh tersohor itu.

::_3 Import Ke Kelate_::

Selain Kubang Kerian mengekalkan wakil rakyat importnya, YB. Salahuddin Ayub, dua kawasan parlimen khabarnya akan diperjudikan kepada dua tokoh PAS Pusat di Kelantan dalam pilihan raya kali ini.
Kawasan yang disebut-sebut akan ditandingi pemimpin utama PAS sebagai calon import itu ialah Parlimen Bachok dan Pasir Putih.
Menurut sumber, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dijangka akan bertanding di Bachok setelah beberapa cadangan dan rintangan mendapatkan kerusi lain gagal.
Sebelum ini, pemimpin muda PAS berasal dari Negeri Sembilan itu disebut-sebut akan dibertanding di Parlimen Rantau Panjang, kemudiannya berpindah ke Pangkalan Chepa.
Beberapa hari lalu, Bernama melaporkan Nasaharuddin akan bertanding di Gombak setelah kerusi itu dikosongkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasannya, Dr. Mohd Hatta Ramli.
Bagaimanapun, sebelum itu, khabar-khabar angin menyebut beliau akan mengambil kerusi Kubang Krian dari Salahuddin Ayub dan menolak Ketua Pemuda PAS Pusat itu ke Parlimen Bachok.
Satu lagi kawasan parlimen yang akan ditandingi calon import ialah Pasir Puteh. Nama popular yang disebut-sebut ialah Bendahari PAS Pusat yang juga calon Parlimen Gombak dua musim berturut-turut, Dr. Mohd Hatta Ramli.
Menurut sumber, kerusi ini juga turut direbut oleh Muslimat PAS Pusat, tetapi perkembangan muktahir menunjukkan dan masih berpihak kepada Dr, Mohd Hatta.

::_Panduan Ceramah PRU_::

Muqaddimah .
Seseorang tidak akan berubah melainkan setelah ada maklumat . Kita tidak akan membeli satu barang melainkan setelah kita mengetahui khasiat dan kebaikannya. Ini menggambarkan betapa pentingnya penerangan dalam suatu hal untuk meyakinkan seseorang bagi mendapat sesuatu .
Menyampaikan ceramah seumpama hendak menjual sesuatu produk kepada orang lain , produk yang baik dan berkualiti sekalipun , kalau tidak diterangkan dengan teknik dan strategi yang berkesan pasti tidak ada pembelinya , malahan produk yang tidak berkualiti pula , kalau disampaikan, dipromosi dan dikempen dengan hebat dan baik pasti akan menarik orang ramai untuk membelinya.
Orang yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan produk ialah jurujual itu sendiri . Bagi menarik orang ramai membeli produk tersebut , jurujual akan menggunakan kepetahan bercakap , penampilan dirinya yang kemas , bahasa yang cukup menawan dan berbagai – bagai aksi lagi , disertai pula dengan demontrasi barangan . Sudah pasti cara ini akan menarik minat orang ramai membelinya .
Begitulah para penceramah , produk yang kita hendak pasarkan ialah Islam , PAS dan calon PAS . Produk yang akan kita pasarkan ini memerlukan teknik , taktik dan strategi yang sesuai dengan suasana setempat , situasi semasa , budaya dan sebagainya .
Dalam Islam , Rasulullah saw. Merupakan role model yang terbaik dalam menerangkan kepada manusia akan ajaran yang dibawa oleh baginda pada waktu itu yang dianggap dagang ( asing ) . Baginda menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan antaranya tamsil alam sekitar , logik , pujukan , tawaran , amaran , lisanul hal , khutbah dan lain – lain lagi .
Konsep Penerangan .
· Segala kegiatan penerangan menggunakan apa jua media yang ada hendaklah mengandungi ciri – ciri berikut :
· Penerangan sebagai I’LAM , iaitu proses untuk menyalurkan maklumat ( to inform ) mengenai fakta , sesuatu yang baru , menarik atau bagaimana sesuatu perubahan itu wujud dan berlaku .
· Penerangan sebagai TA’LIM , bermatlamat ke arah memberi pengajaran dan pelajaran untuk mempengaruhi ( to influence ) bagi mengubah fikiran dan pendirian atau untuk menggerakkan mereka agar aktif .
· Penerangan IRSYAD , bermatlamat ke arah membimbing dan tunjuk ajar. Suatu tugas untuk inspirasi ( to Inspire ) tentang kebaikan ( makruf ) supaya dihayati dan kemungkaran supaya dihindari .
· Penerangan sebagai DAKWAH , bermatlamat ke arah menyeru dan mengajak kepada perubahan sikap serta bertindak membangun yang makruf dan meruntuhkan yang mungkar.
Kesimpulannya , konsep penerangan ialah untuk menerangkan dasar perjuangan untuk menarik sokongan orang ramai kepada perjuangan PAS ( Basyiiran wa Naziiran ) . Konsep penerangan bukan sahaja melalui mulut tetapi juga tingkah laku ( Lisaanul Hal ) , penulisan dan edaran risalah . Yang penting ialah penceramah mesti menjadi orang yang berjaya menarik orang lain untuk bersama dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS .
Banyak bidang penerangan yang belum diterokai secara meluas oleh PAS antaranya seperti risalah , kain rentang , laman web dan sebagainya. Janganlah kita hanya mengharapkan ceramah umum semata – mata kerana kita kekurangan penceramah yang boleh menarik orang ramai untuk datang ke program ceramah yang dianjur . Justeru itu , untuk menampung kekurangan ini hendaklah kita pelbagaikan program penerangan selain daripada rapat umum yang sememangnya menjadi agenda penerangan yang berkesan .
Ceramah Dalam Konteks Kempen Pilihanraya .
Dalam musim pilihanraya , ceramah yang dianjurkan agak berbeza sedikit dengan ceramah sebelum musim pilihanraya . Sebelum pilihanraya jentera penerangan boleh menganjurkan ceramah besar – besaran , kehadhiran audien pula mengikut populariti penceramah yang diundang. Mereka juga datang dari seluruh pelusuk tempat . Ulasan terhadap isu lebih menyeluruh , dari isu tempatan , nasional hinggalah kepada isu antarabangsa .
Sedang ceramah yang dianjurkan dalam musim pilihanraya hanya tertumpu kepada pengundi sasaran sahaja . Lantaran itu , pendekatan ceramah yang paling sesuai di musim pilihanraya ialah ceramah kelompok yang diadakan dari rumah ke rumah atau seumpamanya .
Tujuan Ceramah .
Ceramah yang dianjurkan oleh PAS bertujuan :
· Menjelaskan konsep Islam yang syumul sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
· Menjelaskan dasar parti dan membetulkan pandangan dan sangkaan negatif terhadap PAS .
· Mengulas dan mengupas isu semasa dan menjawab segala tohmahan terhadap Islam dan PAS .
Dalam musim pilihanraya , tujuan utama ceramah ialah menjelaskan kepada pengundi mengapa pengundi perlu memilih atau mengundi PAS . Di sinilah para penceramah PAS perlu menggunakan segala kebijaksanaan dan keupayaan menyampaikan ceramah untuk mengajak , merayu dan memujuk pengundi melakukan perubahan dalam pilihanraya dengan mengundi calon PAS .
Persiapan Asasi dan Etika Penceramah PAS .
· Ikhlas kerana Allah swt. · Memahami agama Allah swt. · Memiliki ilmu dan fakta yang tepat · Memiliki Qudwah Hasanah · Sabar dan Tabah · Lemah lembut dan penyayang · Tawadhuk dan merendah diri · Manis muka dan Indah tutur bicara · Menjaga Akhlak , adab sopan dan tatasusila · Sentiasa senyum dan mesra · Berpakaian menarik , kemas serta sesuai dengan suasana setempat · Menjaga nama baik parti · Menyampaikan ucapan dengan tertib , beradab dan sopan · Tidak mengeluarkan perkataan dan kenyataan yang menimbulkan fitnah · Tidak kasar dalam ucapan dan tindakan . · Elakkan maki hamun dan caci nista tanpa asas· Menepati janji dan waktu · Senantiasa bermurah hati · Menjaga nama baik parti
Pendekatan Penyampaian Dalam Ceramah .
Memilih Isu yang Sesuai .
Para penceramah perlu menyenaraikan isu yang ingin diulas dan disampaikan dalam ceramahnya. Pemilihan isu mestilah sesuai dan boleh membangkitkan minat pengundi untuk mendengar . Tidak semua isu boleh membangkitkan kesedaran kepada pengundi setempat walaupun isu tersebut dianggap besar dan penting seperti isu ekonomi , pembaziran wang rakyat dalam projek mega dan sebagainya.
Adakala isu yang dianggap kecil dan remeh tetapi kalau diolah dengan baik dan berkesan , ianya boleh mengubah minda rakyat. Sebab itu para penceramah mesti menguasai dan memahami isu semasa . Isu tempatan yang melibatkan kebajikan rakyat wajar diberi fokus dalam ceramah pilihanraya seperti isu kemiskinan , kenaikan harga barang dan sebagainya . Penceramah jangan ghairah mengulas isu besar sehingga lupa isu tempatan yang pengundi sendiri terlibat dengan isu tersebut.
Kemukakan Tawaran PAS .
Penceramah PAS sewajarnya tidak lupa untuk menjelaskan tawaran PAS kepada rakyat sebagaimana yang termaktub di dalam manifesto PAS jika rakyat memberi mandat kepada PAS untuk memerintah. Melalui pendekatan ini , penceramah mestilah terlebih dahulu memahami kandungan manifesto PAS .
Menampilkan Kelebihan Calon PAS .
Penceramah mestilah memperkenalkan calon PAS dengan menampilkan keperibadiannya , keupayaan dan kemampuannya menjadi wakil rakyat . Tonjolkan kelebihan calon secara benar dan adil .
Menonjolkan Kejayaan Kerajaan PAS di Kelantan.
Keupayaan PAS dan kemampuannya memerintah , memimpin dan mentadbir negeri Kelantan selama 17 tahun melalui amanah dan mandat rakyat mestilah dikemukakan kepada pengundi sebagai menjawab tohmahan kononnya PAS tidak boleh memerintah sekaligus menjadi perbandingan antara kerajaan PAS dan kerajaan UMNO.
Mendedahkan Kelemahan dan Ketidakupayaan Kerajaan BN.
Pendedahan dibuat berasaskan fakta bukan fitnah. Ianya bertujuan agar rakyat tidak terpedaya dengan keburukan Kerajaan BN yang sering berselindung disebalik momokan pembangunan dan umpan material .
Mengemukakan Hujjah Berasaskan Nas dan Fakta .
Kekuatan hujjah adalah kelebihan utama Pas dalam menghadapi UMNO yang kaya dengan tipu helah . Ayat – ayat suci al Quran dan Hadis menjadi sumber tulen perjuangan PAS yang tidak boleh ditinggalkan sepanjang kempen atau dakwah PAS kepada pengundi .
Apa yang Perlu dielak oleh Penceramah .
Menyentuh isu – isu Sensitif .
Penceramah selayaknya berhati – hati mengungkap kata agar tidak menyinggung perasaan pengundi. Masa singkat sepanjang tempoh berkempen tentu sahaja kita tidak mampu menjelaskan isu yang sensitif dan kontraversi . Adalah wajar penceramah memilih isu yang mewujudkan kebersamaan kita dengan pengundi dan penyokong.
Menggunakan Bahasa yang kesat dan Kasar .
Penceramah adalah pendakwah . Uslub mendidik , membimbing dan menasihati adalah lebih baik dan lebih mendekatkan pengundi kepada risalah perjuangan kita berbanding ucapan yang sarat dengan maki hamun .
Memperbodohkan Pengundi .
Hargai mereka dan jangan sekali – kali memperkecilkan mereka sekalipun mereka dalam pilihanraya yang lalu tidak mengundi PAS. Berikan harapan kepada mereka dan masa untuk mereka berfikir dan membuat perubahan . Merendah dirilah dihadapan mereka , bahawa kita yang gagal menyampaikan maklumat yang jelas kepada mereka atau maklumat kita terhalang sehingga mereka tidak mengundi PAS.
Menghukum Pengundi .
Sekali lagi penceramah adalah pendakwah bukan penghukum. Justeru itu banyakkan pendekatan memberi nasihat , galakan dan motivasi untuk mereka menerima perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS . Jangan menjatuhkan hukum seperti berdosa , sesat atau kafir kepada pengundi.
Penutup .
Iringi setiap ucapan atau ceramah dengan doa dan munajat agar Allah mengurniakan petunjuk dan kekuatan kepada kita dan pengundi agar satu perubahan ( dari bathil kepada haq , dari jahiliyyah kepada Islam , dari kufur kepada Iman ) dapat dilakukan .
Jauhi maksiat atau mungkar sebaliknya tingkatkan prestasi taqwa , taat dan ubudiyyah kita kepada Allah swt. Serta hiasi diri dengan akhlak mahmudah dan imej mesra rakyat atau mesra pengundi .
Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi.