Wednesday 20 February 2008

::_Pas Wilayah Umum Calon_::

Pas Wilayah akhirnya memulai langkah, mendepani semua negeri dan parti-parti Barisan Nasional dan secara rasminya mengumumkan 3 calon yang akan membawa panji PAS pada pilihanraya ke-12 ini.Peristiharan itu dilakukan lewat malam tadi oleh Presiden PAS sendiri, Tuan Guru Dato Seri Abd Hadi Awang, di Markas PAS Titiwangsa.
HJ. Mohamad Noor Mohamad yang sebelum ini bertanding di parlimen Titiwangsa bertukar ke Parlimen Putrajaya. Tempat beliau digantikan oleh AJK PAS Pusat yang juga Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa, Dr. Lo’lo Dato’ Hj. Ghazali. PAS Labuan pula diwakili oleh Sdr. Matusin Abd Rahman, iaitu YDP PAS Labuan.
Lebih 2000 penyokong Barisan Alternatif membanjiri Markas PAS Titiwangsa untuk melihat sendiri calon-calon PAS Wilayah Persekutuan. Para petugas PAS Wilayah Persekutuan kini berada dalam tahap terbaik untuk memberikan saingan sengit kepada Jentera Barisan Nasional dalam Pilihanraya kali ini.
Sebelum pengistiharan calon, Presiden telah melancarkan T-Shirt rasmi Petugas PAS dengan memakaikannya kepada seorang petugas berbangsa India, Sdr. Rama yang secara simboliknya menunjukkan sokongan padu kepada PAS walaupun berbeza agama, tetapi satu matlamat.
Presiden dalan ucapan beliau, menekankan bahawa semua pihak kini mengharap Keadilan, Kesejahteraan dan inginkan negara ini diperintah dengan sebaiknya oleh pemimpin yang jujur. Dan pemimpin-pemimpin PAS adalah alternatif kepada pemimpin korupsi yang saban musim mewakili BN.
PAS akan bertanding di lebih 60 kerusi parlimen dan semua jentera PAS kini diminta untuk melipatkan gandakan gerak kerja kempen bagi memastikan rakyat dapat menerima maklumat yang betul terhadap isu-isu semasa.

No comments: