Wednesday 20 February 2008

::_Orang Utan & Anjing Dalam al-Quran_::

Nampaknya para penyokong Umno khususnya terdiri daripada pak-pak menteri begitu gelisah apabila dilabelkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai orang utan.
Sesungguhnya Dato' Nik Aziz mempunyai alasan tersendiri mengapa mengungkapkan kata-kata itu. Ia tidak lain kerana tindakan sesetengah ahli Umno sendiri yang boleh disifatkan sebagai tidak bertamadun, mahu memburuk-burukkan Kelantan kononnya mundur di bawah pentadbiran ulama.
Kemunduran yang dimaksudkan oleh ahli-ahli Umno adalah dari sudut pembangunan, sedangkan Kelantan semakin maju dengan pembangunan fizikal pesat termasuk di pusat bandar Kota Bharu di samping pembangunan rohani di kalangan rakyat.
Usaha membangunkan rohani (modal insan) berterusan setiap masa, bukan sahaja pada bulan Ramadan, malah sepanjang tahun, inilah yang tidak dilihat oleh mereka yang hatinya mati dengan penghayatan program-program Islam.
Melentingnya ahli-ahli Umno di semua peringkat kerana dilabel sebagai orang utan, mengatasi tindakan musuh Islam yang memburuk-burukkan Nabi Muhammad s.a.w.
Apapun yang perlu diperhatikan di sini adalah, istilah orang utan itu spontan keluar disebabkan tindakan liar Umno terhadap Kelantan ditambah hasrat mereka untuk merawat negeri itu, sedangkan negeri-negeri yang ditadbir Umno sendiri berada pada tahap mencemaskan dari sudut pegangan akidah rakyat terhadap Islam.
Kenapa mereka sibuk untuk menjadi Kelantan pusat tamadun Islam sedangkan pusat kasino terbesar di Asia Tenggara iaitu di Genting tidak mampu ditutup mereka?
Dalam al-Quran Allah SWT tidak melabelkan orang yang bertindak dengan mempermain, mempersenda dan membelakangkan Islam dengan orang utan, malah Allah menyifatkannya sebagai anjing, ini dapat dilihat menerusi ayat 176 surah al-'Araf yang bermaksud: "Dan kalau Kami menghendaki, seseungguhnya Kami tinggikan kedudukannya dengan ayat-ayat Kami, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menuruti hawa nafsu yang rendah, maka perumpamaannya seperti seekor anjing, jika kamu menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia tetap juga menjelirkan lidahnya. Demikian itu perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah (kepada umat) kisah-kisah itu agar mereka berfikir."
Apa yang boleh kita ambil pengajaran daripada ayat di atas, ganti nama dia dalam ayat ditujukan kepada seorang alim di kalangan Bani Izrail yang bernama Bal'am bin Ba'uraa yang tidak menjalankan tugasan dakwahnya terhadap Firaun seperti yang diarahkan Nabi Musa a.s.,malah terikut dengan rentak songsang Firaun dengan meninggalkan tugas-tugas dakwah bagi mengharapkan habuan dunia.
Dia dilabelkan Allah sebagai seekor anjing yang tidak bermaruah, hanya menjelirkan lidah akibat daripada mempersenda ajaran nabi Musa a.s.
Bagaimana dengan kedudukan ahli-ahli Umno, mereka berikrar dalam solat, untuk jadikan hidup dan mati hanya untuk Allah, tetapi tindakan di luar solat, tidak sepertimana di dalam pelaksanaan ibadat solat, hukum Allah seperti Hudud, Qisas dan Takzir tidak pernah terlaksana di zaman pemerintahan BN, mereka menggantikannya dengan undang-undang sivil ciptaan manusia.
Tidakkah tindakan itu juga dianggap sebagai mempersenda Allah yang layak dilabel sebagai orang utan, bukannya anjing seperti ditegaskan dalam ayat di atas.
Dengan sebab keangkuhan pimpinan negara yang tidak mahu melaksanakan hukum Allah itu, maka kita diancam pelbagai bahaya yang tidak terduga sebelum ini.
Tidakkah peristiwa banjir besar di Johor tahun lalu mengingatkan kita kepada hukuman Allah? Sama-samalah kita perhatikan dengan pandangan makrifat, agar kita terselamat daripada mara bahaya.

No comments: